Tuesday, July 24, 2012

Dengan kelajuan Internet yang semakin pantas di Malaysia, pasar malam kini hanyalah tempat untuk membeli sate dan bukan lagi DVD cetak rompak. Nikmati kuah kacang kegemaran anda sambil menonton filem yang anda download menggunakan langkah-langkah di bawah: Cara-cara untuk cari dan download movie/lagu dari Internet 1. Lancarkan jDownloader terlebih dahulu. 2. Buat carian di Internet menggunakan nama filem/lagu dan tambahkan perkataan ‘rapidshare’ Contohnya saya taipkan “Before Sunrise rapidshare” dan enjin carian akan memaparkan pelbagai hasil, klik mana-mana pautan yang diberikan (laman kegemaran saya adalah Filestube) 3. Salin pautan yang diberikan pada laman web tersebut. Jangan muat turun melalui pelayar web anda, sebaliknya gunakan jDownloader. 4. Pautan yang anda salin tadi akan ditangkap oleh jDownloader secara automatik, pada bahagian Linkgrabber. Klik pada butang ‘Play’ untuk memulakan muat turun. Apa yang sangat berguna pada jDownloader adalah, ia akan mengatasi semua had dan masa menunggu yang selalunya diberikan oleh laman perkongsian fail seperti Rapidshare dan Megaupload. Jadi setelah anda memulakan muat turun, anda hanya perlu tunggu sehingga iany selesai. Namun terdapat juga sesetengah laman web yang memerlukan anda memasukkan captcha, yang mana anda boleh taipkan ia pada jDownloader itu sendiri. Selain memasukkan perkataan Rapidshare pada enjin carian, anda juga boleh cuba laman web lain seperti Megaupload, Filesonic, dan banyak lagi. Untuk mencari lagu pula, Mediafire adalah laman web yang paling popular. Jika anda disekat daripada membuka Filestube, Rapidshare, dan sebagainya – gunakan kaedah Google DNS untuk melepasi sekatan itu.
Diriwayatkan Dari Abu Hurairah RA: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ketika datang bulan Ramadhan,sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,maka diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa,kerana dalam ini pintu Jannah dibuka,Pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan maka barang siapa yang tidak beramal sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti dibulan ini " (HR.Ahmad Nasai dan Baihaqi) Kelebihan Beramal Pada Bulan Ramadhan. Keistimewaan ini diberikan pada setiap umat manusia dan dalam bulan Ramadhan ini banyak manfaat dan fadilat kepada mereka yang tahu menghayatinya. 1-Orang yang berpuasa dapat balasan syurga 2-Dihapuskan dosa-dosa. 3-Dimakbulkan doa-doanya. 4-Mendapat perlindungan dari Allah. 5-Disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. 6-Mendapat dua berita gembira iaitu semasa berbuka dan bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan puasa. 1-Solat sunat Terawih 2-Sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu. 3-Banyakkan berdoa 4-Bertasbih. 5-Sembahyang tahajjud. 6-Sembahyang sunat tasbih. 7-Bersedekah. 8-Banyakkan istighfar dan bertaubat. 9-Banyakkan bersabar. 10-Tinggalkan dan jauhi perbuatan kemungkaran. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang" (HR.Bukhari Muslim)