Tuesday, July 24, 2012

Diriwayatkan Dari Abu Hurairah RA: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ketika datang bulan Ramadhan,sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,maka diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa,kerana dalam ini pintu Jannah dibuka,Pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan maka barang siapa yang tidak beramal sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti dibulan ini " (HR.Ahmad Nasai dan Baihaqi) Kelebihan Beramal Pada Bulan Ramadhan. Keistimewaan ini diberikan pada setiap umat manusia dan dalam bulan Ramadhan ini banyak manfaat dan fadilat kepada mereka yang tahu menghayatinya. 1-Orang yang berpuasa dapat balasan syurga 2-Dihapuskan dosa-dosa. 3-Dimakbulkan doa-doanya. 4-Mendapat perlindungan dari Allah. 5-Disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. 6-Mendapat dua berita gembira iaitu semasa berbuka dan bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan puasa. 1-Solat sunat Terawih 2-Sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu. 3-Banyakkan berdoa 4-Bertasbih. 5-Sembahyang tahajjud. 6-Sembahyang sunat tasbih. 7-Bersedekah. 8-Banyakkan istighfar dan bertaubat. 9-Banyakkan bersabar. 10-Tinggalkan dan jauhi perbuatan kemungkaran. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang" (HR.Bukhari Muslim)

No comments:

Post a Comment